my precious you

Sebuah luahan rasa, nukilan hati, penenang jiwa. Catatan mama untuk kamu, anak-anak mama...

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

Monday, December 31, 2012

Hajat Mama

Menyusukan kamu sepenuhnya
Hingga genap dua tahun.


Ya Allah!
Makbulkanlah doa kami!


Mama dan babah berharap cita-cita ini terlaksana.
Setakat ini harapan yang tinggi menggunung datang bersama usaha kecil





memberi yang terbaik untuk kamu

Permata hati mama dan babah!

Semoga ianya bermanfaat.

Dan ongkos yang berjaya dijimatkan

Dapat disalurkan untuk memberi pendidikan terbaik untukmu!


Sunday, December 16, 2012

syahdu memandang wajahmu

Menjelang Maghrib, mama duduk disisi anak mama, menukar siaran ke Astro Oasis. Perdengarkan anak mama zikir dari Hafiz Hamidun.

Entah mengapa, mama renung wajah Eusuf lama-lama. Pelbagai reaksi Eusuf semasa lena. Mimpi barangkali.
Terasa jauh disudut hati mama, perasaan syahdu bertandang. Perasaan bahagia, teruja dan bersyukur kepada Allah. Serentak, mama menadah tangan mengucap syukur di atas nikmat Allah kepada mama.

Menitis air mata mama, tanpa mampu ditahan-tahan. Eusuf tersenyum simpul dalam tidur. Kamu zuriat yang mama kasihi, sepenuh hati. Bagai ada tayangan filem yang diputarkan, satu persatu pengalaman hidup mama tertayang di benak. Pengalaman IVF, suntikan demi suntikan, ubat demi ubat, sehinggalah detik Eusuf dilahirkan.

Alhamdulillah, kelahiran Eusuf dipermudahkan. Kamu, Eusuf Danial anak mama yang Soleh, Amin.

Wednesday, December 12, 2012

Seorang Babah



Anak mama
Mari mama kenalkan
Babah kepada anak mama
Suami mama
Sahabat mama

Babah lahir pada 12 Disember
Eh!
Hari ini lah!
Happy Birthday Babah!


***
Bagaimana mama dan babah bertemu?
^___^
nantilah, mama akan ceritakan


Wednesday, November 28, 2012

Seorang Mama



Anak mama
Selalu mendengar degupan jantung mama di dalam sana
Hari ini jangkaan kamu melihat dunia
Entri ini mama tulis lebih awal
Khuatir tidak sempat mama bertemu kamu
Maklumlah, Ancu bakal mendirikan mahligai 10.11.12 ini
13.11.12 pula di rumah Atuk dan Maktok

Akhirnya
Kini kita bersua muka
Mama lahir pada 18 April
mama ibu bekerjaya


Salam perkenalan sayang!
Maafkan mama di atas segala kekurangan yang ada
Sejak dari kamu di dalam sana
Sehingga kini



Mama sayang kamu selamanya
Walaupun ketika detik entri ini ditulis, mama belum pernah bersua anak mama


Semoga Allah panjangkan usia mama untuk melihat kamu membesar di depan mata


Sunday, November 11, 2012

Our Shelter


Anak mama
Babah sediakan kita sebuah rumah
Untuk kita berlindung dari panas dan hujan

Anak mama
Tidak perlu rumah besar
Kereta mewah
Yang penting hati kita bahagia

Anak mama
Pangkat tidak penting
Namun titipkan sedikit simpanan
Apabila anak mama bekerja kelak
Sebagai sandaran semasa sesak

Anak mama
Kita hidup sederhana sahaja
Namun
Mama dan babah
Berusaha agar anak mama
Hidup selesa
Dan penuh kasih sayang

"Baiti Jannati"

Beberapa hari lagi
Anak mama akan tinggal di sini
Bersama mama dan babah

Selamat datang sayang!
Kamulah kelahiran yang dinanti
Welcome to the world
Welcome to our world

Tuesday, November 6, 2012

Nanti bagaimana?

Sayang,

Babah baik hati belikan mama breastpump. Dengarnya berkualiti terbaik. Semua untuk sayang.

Babah sokong kalau mama nak exclusive BF untuk anak mama ni. InsyaAllah, mama akan cuba yang terbaik. Mama berdoa pada Allah, makbulkan niat mama ini. Cekalkan hati dan kuatkan tekad mama sentiasa.

Sayang,

Nak guna cloth diapers tak? Mama nak cuba. Tak tahu kadar kerajinan mama dan babah. Cuma kalau mama dan babah rajin, duit lebihan yang dapat dijimatkan pada susu dan lampin sayang dapat mama tabung untuk 'future education' anak mama ni.

Let's wait and see.

Mama: Babah tu kan, dah mula nampak mua'kan anak mama dari dalam perut lagi. Esok-esok bila lahir, anak mama jangan jadi anak yang spoiled ye! Anak mama jadi anak yang soleh, tau!

Monday, November 5, 2012

Sayang Kamu Selamanya

sayang

semakin aktif kamu ya!

terima kasih temankan mama ke kursus di saat-saat genting ini,

lagi empat hari sebelum kita pulang ke kampung.

kamu akan dilahirkan di sana, insyaAllah

Monday, October 1, 2012

Persediaan kelengkapan menyambut kelahiran



Pening juga kepala mama
Sukar juga rupanya
Ingin memulakan persediaan menyambut anak mama

Terpaksalah mama cari di internet sebagai panduan
Kemudian nanti baru mama susun ikut keutamaan



Monday, September 24, 2012

Persiapan?


Masuk minggu ke-30
Persiapan 90% selesai.

Tinggal lagi mencari BreastPump, Set Sterilizer dan Bottle Warmer, dan beberapa kelengkapan lain.


Mama berazam menyusukan kamu sepenuhnya, sehingga genap 2 tahun. InsyaAllah.

Ya Allah, perbanyakkanlah susuku, permudahkan niatku, permudahkan urusanku, agar sempurna penyusuan ibu seperti untuk zuriatku. Amin

Saturday, September 1, 2012

Kakak Antenna Episod 3



saat mama menjahit

saat mama membaikpulih oven

saat mama berehat

kegemaran Tena

saat aman buat mama


Thursday, August 23, 2012

Kakak Antenna Episod 2



Anak mama
Ini gambar semasa minggu pertama kakak tena hadir dalam hidup Mama dan Babah
She's automatically attached to mama

Biar mama ceritakan tentang dia
Tena suka mengigit mama
Dengan babah dia tak pernah kejar kaki dan gigit
Dengan mama, sebut sahaja apa
Bergurau, mengigit, mencakar
Main sembunyi-sembunyi sebalik dinding pun dengan mama

Tetapi bila tidur
Mama adalah satu-satunya insan yang kakak Tena cari
Walau di mana mama berada





She's only domestic shorthair
Love is unconditionally, isn't it?

Sunday, August 12, 2012

Prolog Anak Mama

Anak mama
Kamu adalah anak yang istimewa di mata mama

Asal kejadian kamu
Walaupun sama seperti anak-anak lain di dunia
Tetapi kaedahnya berbeza

Masih ingat kah anak mama
Apabila mama berjanji untuk bercerita lebih lanjut

Anak mama
Mama harap bila sampai suatu masanya nanti
Anak mama sudah memahami asal kejadian manusia
Memerlukan benih dari ibu dan bapa
Dari hubungan yang halal di sisi Allah


*
Kisahnya bermula seperti ini
Sejarah bermula 
Benih mama dan babah bertemu di dalam makmal
Pada tanggal 7 Mac 2012
Di dalam sebuah test tube
Empat dari tujuh ovum mama yang dikutip tidak matang sepenuhnya
Enam lagi sudah terlepas dan tidak dapat ditangkap oleh doktor



Maka
Bertemulah ketujuh-tujuh ovum itu dengan benih Babah
Dieram beberapa jam 



Dibiarkan menetas dan berkembang menjadi empat sel dipanggil embryo
Tiga hari kemudian
Pada tanggal 10 Mac 2012
Anak mama antara tiga embryo yang terpilih dipindahkan ke rahim mama

SubhanAllah!
Besar kekuasaan Allah
Mama melihat di kanta mikroskop
Bertapa cantiknya kamu!



Beginilah kamu dipindahkan ke rahim mama
Dengan bantuan ultrasound

Kemudian 
segalanya terserah kepada kuasa Yang Esa
untuk melekatkankan anak mama ke rahim mama
Allahuakbar!


***
Empat lagi adik kembar kamu di dalam bank
Sampai saatnya nanti anak mama genap setahun
InsyaAllah ada rezekinya mama ingin transfer mereka
Duduk di rahim mama
Seperti kamu!

*****
Seminggu menjelang Aidilfitri
Beraya di kampung Babah dahulu tahun ini



Wednesday, August 1, 2012

Hari pertama mama bekerja

 
bukan mama
mama lebih cantik lagi


Hari ini merupakan hari pertama mama bekerja
Setelah hampir empat bulan mama bercuti tanpa gaji
Untuk menjaga anak mama
Di dalam kandungan mama

Semoga anak mama kuat
Supaya mama juga kuat
Untuk mendidik anak bangsa

Anak mama dengarkan di dalam sana ya!

Monday, July 23, 2012

Tribute to Anak Mama


Anak mama
Sebenarnya bukan mudah Allah ingin hadiahkan anak mama kepada mama dan babah


Anak mama
Anak mama ini adalah hasil ikhtiar mama dan babah menggunakan prosedur IVF dengan kuasa Allah
Nanti-nanti kemudian hari mama akan catatkan bila tarikh anak mama terjadi, dan duduk di dalam rahim mama.


Anak mama
Kamu adalah hasil doa kami yang tak putus-putus selama 7 tahun ini


Anak mama
Mama berdoa kamu menjadi anak yang soleh, yang menyenangkan hati mama dan babah,
yang cukup sifat, sihat tubuh badan dan taat




Anak mama
Seperti di dalam surah Lukman, ayat 13
"Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"


Anak mama
Dari sejak kamu di dalam rahim mama
Mama tidak mengharapkan apa-apa dari kamu


Andai satu hari
Kamu menjadi anak yang cemerlang, kamu anak terpelajar dan pandai
Kamu menjadi anak yang baik paras rupa, yang kaya
Yang berharta, berpangkat besar
Mama hanya ingin satu perkara


Anak mama
Semoga kamu menjadi hamba Allah yang taat.
Jangan tinggal solat
Moga anak mama menjadi insan kamil
Menjadi lebih baik dari Mama dan Babah


Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan 1433H


Hari ini ummat Islam seluruh dunia mula berpuasa
Mama berdoa mama mampu menjalankan kewajipan ini

Saat ini kamu berusia 21 minggu di dalam sana
Laparkah sayang?
Bersabar ya!

Mama harap mama mampu berpuasa penuh
Supaya nanti mama tidak perlu membayar puasa
Saat mama menyusukan kamu

1 Syawal 1434H
Tahun hadapan
Mungkinkah anak mama sedang merangkak
Di pagi Aidilfitri?

Mama dan Babah
Tak sabar menunggu!

Friday, July 20, 2012

Anak Mama Episod 3


Anak mama
You're now at 16 weeks old inside there
You've grown up

Doktor kata anak mama sihat
Syukur kepada Allah

Hari ini anak mama
Melambai kepada mama dan babah

SubhanAllah!
Indahnya!

Bagaimanakah keadaan di dalam sana?


***
catatan ditulis pada 19 Jun 2012
hari lahir Atuk hari ini ya



Monday, July 16, 2012

Anak Mama Episod 2


Anak mama
You're now at 12 weeks old inside there
You've grown 65mm long


Babah terpaksa membawa mama check up lebih awal
Semalam mama bleeding sedikit

Doc K kata anak mama ini terlalu aktif
Anak mama tendang uri sendiri
Musim Euro ye sayang

Mama dan babah lihat sendiri
Betapa laju sekali kaki itu berenang


SubhanAllah!
Indahnya!

Bagaimanakah keadaan di dalam sana?


***
catatan pada 22 Mei 2012
tarikh sebenar temujanji doktor pada 24 Mei 2012
Atuk dan MakTok datang berkejar malam tadi juga
Sebaik mendengar berita mendebarkan tentang mama
Anak mama belum lahir
Namun semua di sekelilingmu telah menyayangimu
Anak mama



Thursday, July 12, 2012

Anak Mama Episod 1


Anak mama
You're now at 8 weeks old inside there
You've grown 21.3mm long

Dua orang lagi anak mama yang bersekali dimasukkan ke rahim mama telah tiada
Tinggal anak mama seorang di situ
Pasti mereka tidak bersedia lagi

Hanya anak mama yang Allah takdirkan
Hadir dalam hidup mama dan babah buat masa ini

Bagaimanakah keadaan di dalam sana?


***
catatan pada 25 April 2012
seminggu selepas hari lahir mama

Monday, July 9, 2012

Kakak Antenna Episod 1

Anak mama
Mari Mama kenalkan salah satu keluarga kecil kita
Selain Mama dan Babah

Anak mama
Sebelum kamu hadir dalam hidup kami
Mama berjaya pujuk Babah mengambil 'kakak' Tena

Telah hampir dua tahun kakak Tena bersama kami
Nanti bila anak mama lahir
Mama kenalkan kakak pada anak mama

She's so adorable
Mama pasti anak mama nanti akan sayangkan kakak seperti kami

Tena is intelligent
She is toilet-bowl trained
Mama cuma asuh kakak gunakan tandas selama seminggu
Sehingga kini kakak suka bersih

Boleh dikatakan setiap malam
Kakak akan tidur di celah Mama dan Babah

Esok lusa
Bila anak mama tidur bersama
Pasti di celahnya kakak ikut sekaki
Mama harap
Anak Mama tahan dengan gelagatnya
Seperti mama dan babah yang sayangkan
Seekor makhluk kesayangan Rasulullah

kakak; now (left: at 8months) and then (at 24months)

Kemudian nanti mama tunjukkan lagi gambar-gambar kakak di dalam simpanan mama.



Saturday, July 7, 2012

Ragam Anak Mama Hari ini Episod 1



Mama perasan
Sejak akhir-akhir ini
Anak mama
Semakin banyak ragam


Sepanjang trimester pertama
Anak mama okey saja
Makan apa sahaja
Boleh hidu apa sahaja


Mungkin ini akal anak mama
Masuk trimester ke dua
Walau masih kecil di situ
Banyak juga ragam kamu


Bau menumis yang dahulu mama tahan
Kini umpama aroma busuk di hidung
Bau hanyir ikan
Menggelodak isi perut mama
Memualkan


Makan apa jua saat ini
Pasti akan diluah semula


Maka hari ini
Babah terpaksa hadap 
Masakan mama tanpa menumis


Sayur air
Sambal untuk mama
Ikan goreng


Kerana yang lainnya
Anak mama tak suka!


Kelmarin
Mee bandung mama 
Bau melekat seisi rumah
Kek pisang mama
Sedap dimakan
Seronok dimuntah
Kenapa sayang?



Melihat wajah kamu



Anak mama
Kelmarin mama mengunjungi sebuah hospital swasta. Tujuan utamanya ingin melihat wajahmu secara 3D.

SubhanAllah!
Anak mama malu-malu. Menyorokkan wajah di sebalik tangan.
Puas doktor pusing-pusingkan ultrasound, anak mama tetap statik begitu.

Saat ini, Babah adalah orang yang paling gembira. Apa yang dihajatinya tercapai. 
Mungkin nanti apabila besar, kamu dan babah dapat pergi camping bersama-sama, seperti yang dicita-citakan babah sejak dulu.


Mama terima kamu seadanya.
Allah kurniakan perempuan mama bersyukur
Allah kurniakan lelaki mama bersyukur
Yang paling utama
Anak mama sihat dan sempurna



wajah anak mama menjelang 20 minggu di dalam sana





kakak Tena mencium report anak mama

kakak Tena turut teruja
dia seolah memahami kehadiran orang baru ke dalam keluarga kecil kami







anak mama insyaAllah seorang boy!




Syukran Ya Allah!


Thursday, July 5, 2012

My most precious



Anak mama, dalam hidup mama ada satu perkara menjadi harta mama paling berharga
Di sini mama kenalkan mereka



Our Family; Mama dan Babah
P9161175
bersama Babah, pinjam Abang Afeef; Aidilfitri 2010 (^___^)
di rumah arwah Tok Ngah Felda Taib Andak
*
*
*
dan 
let's just not forget her
DSC00434copy
purry tabby; Kakak Tena18 months back
with MakTok holding her

Soon to be is you my love
[leave blank for future]
mama leave some space for you already
when i'm writing this, you are 18 weeks inside there

 

next
*
Atuk, MakTok, Atok, Nenek
Pak Long, Pak Ngah, Cik Lan, Ucu
Mak Long, Mak Ngah, Cik Emy, Cik Farah (soon to be)
Pok Long, Mak Ngah, Mummy
Sepupu-sepupu anak mama
(Along, Aca, Irfan, Hadeef, Danish, Yamin, Didin, Hafy, Afeef)
(Adam, Oman, Sarah, Irsyad, Ikmal, Hoze, Karipap, Izzah, Cha)

Salam perkenalan Sayang!