Menjelang Maghrib, mama duduk disisi anak mama, menukar siaran ke Astro Oasis. Perdengarkan anak mama zikir dari Hafiz Hamidun.
Entah mengapa, mama renung wajah Eusuf lama-lama. Pelbagai reaksi Eusuf semasa lena. Mimpi barangkali.
Terasa jauh disudut hati mama, perasaan syahdu bertandang. Perasaan bahagia, teruja dan bersyukur kepada Allah. Serentak, mama menadah tangan mengucap syukur di atas nikmat Allah kepada mama.
Menitis air mata mama, tanpa mampu ditahan-tahan. Eusuf tersenyum simpul dalam tidur. Kamu zuriat yang mama kasihi, sepenuh hati. Bagai ada tayangan filem yang diputarkan, satu persatu pengalaman hidup mama tertayang di benak. Pengalaman IVF, suntikan demi suntikan, ubat demi ubat, sehinggalah detik Eusuf dilahirkan.
Alhamdulillah, kelahiran Eusuf dipermudahkan. Kamu, Eusuf Danial anak mama yang Soleh, Amin.